Uncategorized

Suu Kyi terus diam diri

Dakwa tuduh lakukan genosid ganggu usaha damai

THE HAGUE, 16 Rabiulakhir 1441H, Jumaat – Gambia mengutuk sikap berdiam diri pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi atas dakwaan melakukan kekejaman terhadap penduduk Islam Rohingya.

Negara majoriti penduduk Islam itu turut menuduh Myanmar melakukan genosid atau penghapusan kaum secara sengaja dalam kes yang kini berada dalam pemerhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Peguam bagi Gambia, Philippe Sands mendakwa, Suu Kyi telah mengabaikan dakwaan yang dihadapkan ke atas beliau berkenaan tindakan pembunuhan, merogol dan pengusiran dalam skala besar.

“Puan (Suu Kyi), tindakan berdiam diri anda lebih banyak memberi penerangan daripada perkataan yang dikeluarkan.

“Perkataan merogol sekalipun tidak pernah keluar dari mulut beliau,” katanya.

Gambia mewakili sebahagian negara Islam dunia membawa kes berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mendesak, Myanmar menghentikan kekejaman terhadap etnik minoriti Rohingya.

Suu Kyi yang juga pemenang Anugerah Nobel Keamanan mempertahankan negaranya dalam dakwaan berkenaan, dengan menyifatkan kes yang dibawa ke ICJ sebagai tidak sempurna dan betul.

Dalam ucapan penutup beliau di ICJ, semalam beliau berkata, dakwaan terhadap kes genosid boleh melemahkan usaha perdamaian.

Dalam pada itu, Suu Kyi menegaskan bahawa, tindakan ketenteraan yang dijalankan di Rakhine pada tahun 2017 merupakan operasi untuk memerangi kumpulan militan di negeri berkenaan.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close