Berita UtamaPendapatUtama

Pilihan Raya PBT: DAP, MCA sepakat

'Mereka akan perjuang agenda sama': Aminuddin

DAP sudah sekian lama menuntut agar pilhanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan dan kini mereka sudah berjaya menjadi kerajaan.

Malah, mereka telah ulangi semula hasrat tersebut dalam resolusi konvensyen DAP Wilayah Persekutuan baru-baru ini, yang bermakna ini menjadi fokus penting mereka sekarang.

Sebenarnya bukan DAP sahaja yang memperjuangkan agenda ini tetapi MCA juga memainkan peranan di belakang tabir juga.

Dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA baru-baru ini, dengan tanpa segan silunya mereka mengumumkan bahawa mereka akan memperjuangkan agenda yang sama, walaupun majlis tersebut dihadiri oleh pimpinan Barisan Nasional dan UMNO.

Jika agenda ini berjaya, kita akan menyaksikan bandar-bandar bakal dikuasai oleh kelompok kaum mereka. Kita tahu bandar-bandar adalah kawasan paling baik untuk ekonomi dan banyak duit.

Mereka sudahpun kuasai ekonomi, sekarang ini mereka sedang merangka untuk menguasai PBT pula.

Apa ahli-ahli politik Melayu buat? Dalam isu PBT ini, sampai sekarang tiada seorang pun yang bertindak dan bersuara lantang.

Saya mohon kepada pemimpin-pemimpin orang Melayu semua, samada belah kerajaan ataupun pembangkang, buatlah sesuatu. Bangunkanlah rakyat. Kamu semua pemimpin, manakala kami hanya rakyat marhaen biasa yang tiada kuasa. Kami hanya mampu bersuara sahaja.

Janganlah setakat berdegar-degar dalam dewan Parlimen sahaja tetapi senyap di luar.

Saya ulangi, kepimpinan adalah amanah, bukannya untuk bermegah-megah dan mengaut ghanimah. Jangan ingat kamu selesa di atas kerana ada yang sedang mencatit dan menghitung segala gerak langkah kamu.

Ingatlah pada Allah sentiasa.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi UMMAH

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close