Berita UtamaUtama

PH nampak fobia gelaran kerajaan sepenggal

Najib yakin rakyat sedar penipuan PH sebelum PRU14

BANGI, 15 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Mustahil Pakatan Harapan (PH) tidak menggunakan cybertrooper untuk membentuk sentimen dalam kalangan rakyat, apatah lagi selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, bulan lalu.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun DAP mendakwa ia bukanlah cybertrooper dan kononnya ‘penulis media sosial’ yang dibayar RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, tidak mustahil PH akan menggunakan taktik sama seperti sebelum PRU14.

Beliau berkata, PH kini fobia dengan gelaran ‘kerajaan sepenggal’, apabila tewas dengan Barisan Nasional (BN) di 124 daripada 125 saluran pada PRK lalu.

“Tapi saya percaya ramai rakyat sudah sedar dengan taktik dan cara penipuan mereka sebelum PRU14,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee menafikan dakwaan Najib bahawa parti itu sedang merekrut 100 cybertrooper baharu.

Sebaliknya, Tony Pua mendakwa, pihaknya hanya mencari kakitangan tambahan sebagai penulis media sosial, seramai tiga hingga lima orang sahaja.

“Malangnya DAP tak mampu nak rekrut 100 orang cybertrooper. Jumlah jawatan yang ingin kita ambil hanya lebih kurang 3 hingga 5 orang sahaja.

“Takkan kita tak boleh bayar lebih kurang RM2,500 sehingga RM5,000 setiap bulan untuk setiap rekrut, tertakluk kepada pengalaman setiap orang pemohon,” dakwa Tony Pua.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close