Berita UtamaPendapatUtama

Kenapa Cina takut dengan jawi?

Bangsa Melayu tak pernah paksa atau hapus budaya berlainan

DONG Zong membawa naratif sejak dari dulu konsisten bahawa budaya Melayu menghapus dan menghakis jati diri mereka.

Sedangkan hakikatnya mereka tahu tidak sebegitupun. Mereka dibenar bersekolah, berbahasa, ada sistem peperiksaan sendiri dan bebas berbudaya. Tidak pula dipaksa semuanya jadi Melayu.

Dong Zong harus melihat masalah utama penghakisan jati diri warga muda Cina adalah arus globalisasi. Mereka harus menerima hakikat itu, bahawa globalisasi yang harus ditakutkan kerana ianya megubah dan menghapuskan budaya Cina.

Cukup-cukuplah paranoid dengan budaya Melayu. Budaya Melayu tidak pernah memaksa apatah lagi menghapuskan budaya lain yang berlainan.Malahan bangsa Melayu sejak dari dulu mampu menerima tetamu dari luar dan menganggap mereka sebahagian rakyat negara ini.

Cuba anda cari negara di dunia ini, mana yang sebaik bangsa Melayu? Tidak ada! Lihatlah apa berlaku di China, habis musnah budaya Uyghur ditekan dan dihapuskan dengan alasan berlainan budaya dan bangsa!

Dr Razali Ramli
Pemerhati Politik Bebas

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close