Berita UtamaUtama

Kekuatan dalaman anggota polis penting elak anasir tak sihat

Setuju ujian agama dan moral, syor juga saring latar belakang individu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 15 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyor membuat saringan latar belakang yang lebih komprehensif kepada setiap calon anggotanya, kata Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Zainur Rashid Zainuddin.

Beliau berkata, saringan itu sebagai penambahan daripada syarat asas seperti borang permohonan, vitae kurikulum (CV) dan temuduga.

“Cadangan ini adalah bagi mengelakkan pemilihan anggota yang terbabit dalam anasir tidak sihat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Dalam pada itu, beliau menyokong penuh inisiatif PDRM mengadakan ujian lulus penilaian agama dan moral sebelum diterima masuk menjadi anggota ke dalam agensi itu bermula tahun depan.

“Kekuatan dalaman agama dan moral akan menjadi pendinding kepada pihak anggota polis daripada terjebak dalam anasir tidak sihat terutamanya rasuah dan lain-lain,” katanya.

Mulai tahun depan, setiap permohonan untuk menganggotai pasukan polis perlu lulus ujian penilaian agama dan moral sebelum diterima masuk ke agensi itu.

Pengarah Pengurusan PDRM, Abd Rahim Jaafar berkata, ia bagi memastikan setiap anggota mempunyai tahap integriti serta nilai moral dan agama yang tinggi.

“Aspek agama ditekankan bagi calon beragama Islam manakala pendidikan moral bagi calon bukan beragama Islam menerusi ujian secara atas talian dan temu duga.

“Kita perlu faham bahawa pendidikan agama penting jika tiada ‘pendinding’ itu akan menyebabkan mereka-mereka ini terlibat dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close