Berita UtamaDuniaUtama

Israel tangkap pemimpin Hamas

Rejim pengganas Zionis ganggu urusan dalaman politik Palestin

HEBRON, 15 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Rejim negara tidak diiktiraf, Israel hari ini menahan beberapa pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di al-Khalil, Tebing Barat yang diduduki.

Antara yang ditahan ialah bekas Anggota Dewan Perundangan, Muhammad Jamal al-Natshah, bekas menteri, Issa al-Jabari, Sheikh Abd al-Khaleq al-Natshah, Sheikh Jawad Bahr al-Natshah, Mazen al-Natshah dan Omar al-Qawasmi, lapor Agensi berita Palestin Ma’an. 

Pusat Maklumat Palestin mengesahkan penangkapan dan memberitahu, tindakan tidak bertanggungjawab  Israel adalah usaha untuk mengganggu urusan dalaman politik Palestin.

“Tentera rejim pengganas Israel melakukan penangkapan ini beberapa hari sebelum ulang tahun pergerakan pejuang Hamas. 

“Bagaimanapun, kami benar-benar komited untuk mencapai matlamat kami (pembebasan wilayah Palestin dan al-Quds) dan akan teruskan kehidupan dengan tabah,” kata pergerakan itu yang berpusat di Semenanjung Gaza.

Awal tahun ini, Hamas dan Tel Aviv mencapai gencatan senjata Mesir. Bagaimanapun, Tel Aviv sejak itu telah beberapa kali melanggar gencatan senjata berkenaan dengan melakukan serangan udara terhadap Semenanjung Gaza.

Pada hari Sabtu, Hamas yang mentadbir Gaza sejak 2007 memberi amaran mengenai ‘kemarahan’ yang akan tercetus terhadap rejim Israel berikutan pelanggaran berterusan di Masjid al-Aqsa di bandar lama Baitulmaqdis. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close