Berita UtamaIstimewa

Tiada lagi menang percuma, MCA perlu tanding di kawasan Cina

Sejak dahulu perjalanan politik MCA amat mudah, tidak berliku

BANGI, 29 Syawal 1443H, Isnin – Parti berasaskan kaum, MCA sewajarnya bertanding di kawasan majoriti Cina pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukan menumpang tuah di kawasan majoriti Melayu.

Pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah secara sinis berkata, sejak dahulu perjalanan politik MCA amat mudah, tidak berliku dan menang dengan jalan pintas melalui kerusi orang Melayu.

“Sangat beruntung kerana keuntungan berpihak kepadanya tanpa bekerja keras. Yang mendapat bala adalah UMNO. Bila rakyat dah benci, MCA yang bertanding di kawasan majoriti Melayu dikalahkan oleh pembangkang dalam PRU14.

“MCA hanya menang satu kerusi Parlimen, iaitu Parlimen Ayer Itam, itulah kawasan selamat Presiden MCA. Diikuti dengan PRK Tanjung Piai, pun kawasan majoriti, ditandingi MCA, menang percuma selepas itu, terus dilantik timbalan menteri,” katanya.

Lantaran itu, beliau amat bersetuju dengan pandangan bahawa Presiden MCA mesti bertanding di kawasan majoriti Cina seperti mana yang pernah berlaku kepada presiden mereka sebelum ini iaitu Tan Sri Lee San Choon.

“Saya amat bersetuju dengan pandangan bekas ADUN keluar MCA, juga bekas ADUN Pulai Sebatang, Tee Siew Kiong yang mencabar Presiden MCA supaya bertanding di kerusi majoriti Cina, bukannya di kawasan majoriti Melayu, contoh Parlimen Ayer Itam, Johor.

“Ini kerana MCA adalah Parti Cina Malaysia, sudah tentu tempatnya di kawasan majoriti Cina, bukan senang-lenang bertanding di kawasan majoriti Melayu dan kemudian menang mudah,” katanya.

Pautan berkaitan;

Presiden MCA mesti bertanding di kawasan majoriti Cina

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button