Berita UtamaUtama

‘Aziz bukan MB, biar Ahmad Faizal tentukan hak milik kekal tanah’

Melayu punya susah nak beri, kenapa Cina senang sangat nak serah

BANGI, 15 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Keputusan Kerajaan Negeri Perak yang mahu menunaikan manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam pemberian hak milik kekal tanah kampung baru mendapat perhatian netizen, rata-ratanya tidak setuju dan menganggap tindakan itu keterlaluan.

Difahamkan, keputusan mengenai pemberian itu akan diumumkan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, satu dasar terperinci dan jelas akan dibuat mengenai perkara itu, termasuk mengenai harga premium tanah yang akan diberikan hak milik kekal dan lain-lain lagi.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Perak, berkata, janji manifesto PH Perak itu boleh dilaksanakan kerana soal tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atau melanggar ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri, dan Majlis Tanah Negara tidak mengambil alih kuasa penuh negeri ke atas tanah serta hanya menetapkan soal dasar dan terpulang kepada negeri-negeri untuk melaksanakan atau tidak.

Menyelar kenyataan itu, rata-rata netizen berang dan menyifatkannya tidak layak untuk memberi sebarang keputusan ke atas kampung baru di Perak.

Nasri Hj Abdul Rani berkata, kenyataan Aziz itu tidak selari dengan apa yang diperkatakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Mengapa dia ni membuat ‘statement’ mendahului dan bertentangan dengan ‘statement’ MB? ‘Desperate’ (terdesak) sangat ke?,” soalnya.

Cika Nos memberi komen: “Kau bukan MB Perak pun, cakap tak serupa bikin, biar MB Perak yang tentukan.

“Sibuk nak bagi hak milik kekal dekat siapa, alasan rakyat Perak dah lama tahu peristiwa dulu tak akan berulang lagi.

Mohd Fuad Yusof dalam tulisannya pula berkata: ” Hairan!!! Kerajaan Negeri, Majlis Tanah Negara punya kuasa kau sibuk sangat apa hal?

“Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan je pun. Kau tu orang asal Perak tulen ke? Orang mana? Cer kabo (cuba beritahu). Nak kena luku kepala hotak dia ni. Kau nak jadi petualang pada bangsa dan keluarga kau sendiri? Kau ni orang Melayu ke apa?” soalnya berang.

Selain itu, Mizzy Barclays dalam komennya berkata, PH perlu menunaikan manifesto yang lebih penting terlebih dahulu berbanding mempertahankan isu hak milik kekal kampung baru berkenaan.

“Melayu punya susah kau nak bagi, Cina senang-senang kau bagi! Pergi jahanam ‘next election’ (pilihan raya umum akan datang). Tunaikan janji nak kurangkan beban rakyat dulu. Hapuskan sekolah vernakular!,” katanya.

Muhammad Zulhafizan Zakaria dalam tulisannya: “Melayu yang jadi baru macam ni la kot rupa dia? Kenapa beria-ia benar nak bagi majoriti kaum Cina, padahal orang Melayu asal Perak pun ramai yang tiada tanah?

“Ini nak bagi tanah dekat orang yang nak cakap Melayu pun masih terpelat-pelat?,” soalnya.

Sementara itu, terdapat netizen yang menggesa Ahmad Faizal supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin parti tamak haloba berkenaan.

Mohd Arshad Bion Robion berkata: “Diharap MB kita tidak terikutlah dengan kata-kata pengkhianat ni. Kalau nak bagi biar semua dapat. Sudah la sekarang rakyat panggil kerajaan ni ikut telunjuk komunis atau DAP. Kalau diluluskan makin benci rakyat nanti,”

“MB Perak jangan ikut kata-kata Melayu DAPPig- Aziz barua tu. Kerana mana ada tanah letak bawah kerajaan negeri, semua tanah bawah akta tanah Persekutuan buat tanah terus bawah tol sampai bila-bila,” tulis Sheikh Suhaimi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close