Berita UtamaDuniaUtama

95 Rohingya didakwa kerana ‘lari’ keluar dari Rakhine

Pelarian mungkin akan dipenjara kerana langgar akta imigresen

PATHEIN, 15 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Hampir 100 pelarian Rohingya hadir ke mahkamah Myanmar semalam selepas ditangkap kerana cuba melarikan diri daripada penganiayaan, kata peguam.

Seorang demi seorang tahanan keletihan turun dari sebuah van polis di mahkamah di kota barat Pathein di Myanmar.

Mereka menghadapi pertuduhan meninggalkan kampung halaman tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa.

Peguam Thazin Myat Myat Win berkata, 95 orang, termasuk 25 kanak-kanak, masing-masing membayar beberapa ratus dolar untuk mendapatkan peluang hidup yang lebih baik bahkan ada yang sanggup menjual pekerjaan mereka.

Difahamkan, pelarian Rohingya ditangkap pada 29 November selepas menaiki bot dari Rakhine ke pantai selatan di mana bas menunggu untuk membawa mereka ke ibu kota komersial Yangon.

Pendengaran seterusnya untuk Rohingya yang ditahan dijadualkan pada 20 Disember. Kemungkinan besar menghadapi tempoh penjara dua tahun kerana melanggar akta imigresen.

Sebelum ini, pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi, mempertahankan negaranya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bersidang untuk mendengar tuduhan pembunuhan beramai-ramai.

Menurut PBB, 294,000 pelarian Rohingya memasuki Bangladesh sejak 25 Ogos lalu dengan puluhan ribu lagi masih berkeliaran menyembunyikan diri di Rakhine. Tindakan itu bagi menyelamatkan diri daripada kekejaman rejim Myanmmar. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close