AfrikaBerita UtamaDuniaUtama

9.4 juta orang kebulur di Sahel

Niger, Nigeria dan Burkina Faso hadapi tekanan krisis makanan

BAMAKO, 15 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Sekurang-kurangnya 9.4 juta orang kebuluran dan memerlukan bantuan bekalan makanan segera di 16 negara, di seluruh rantau Sahel.

Pakar di Afrika dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa jumlah berkenaan adalah peningkatan dua kali ganda tahun ini, di tengah-tengah konflik dan keganasan di rantau itu.

Jawatankuasa Tetap Interstate, Mahalmoudu berkata, mereka tidak dapat mengenal pasti keadaan di luar bandar dari segi cara hidup, pertanian dan penternakan walaupun penduduk terus terkesan dengan perubahan iklim.

Sementara itu, Organisasi Krisis Makanan yang diwakili oleh wakil kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta badan bukan kerajaan (NGO) mengumumkan bahawa tiga negara iaitu Niger, Nigeria dan Burkina Faso telah menghadapi tekanan krisis makanan.

“Menjelang Jun hingga Ogos 2020, 14.4 juta orang dijangka berada dalam krisis, malahan lebih teruk lagi, 1.2 juta orang lagi berada dalam keadaan terdesak memerlukan makanan,” katanya.

Hutan Sahel di sepanjang pinggir selatan gurun Sahara amat terdedah kepada musim kemarau.

Kumpulan pengganas Takrifi menguatkan kuasa mereka di kawasan Sahel yang gersang, menjadikan kawasan luas itu tidak dapat ditakhluki oleh sesiapa.

Penduduk tempatan juga tidak kurang menimbulkan kekecohan dan keganasan di Sahel, terutamanya di Mali dan Burkina Faso.

PBB pada Julai lalu mengumumkan bahawa penyebaran fahaman pengganas adalah terlalu cepat di Afrika Barat dan ia memerlukan campur tangan pasukan tentera untuk menanganinya.

Namun, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memberi amaran bahawa campur tangan tentera tidak akan berjaya menangani pengganas, sebaliknya Sahel perlu memberi perhatian kepada konflik lebih besar iaitu kemiskinan, tadbir urus yang teruk dan perubahan iklim yang bahaya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close