Berita UtamaUtama

Syor SPV bangun Kampung Baru mencurigakan

Berjasa bimbang untung transaksi syarikat disapu golongan kapitalis

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 14 Rabiulakhir 1441H, Rabu – Cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memberikan hak membangunkan Kampung Baru kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV), disifatkan tidak masuk akal dan mencurigakan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Muhammad Thalhah Kamarol Zaman berkata, cadangan itu menambahkan kebimbangan ramai pihak kerana bukan sahaja SPV tidak dijamin akan menjaga kepentingan orang Melayu, bahkan keuntungan daripada transaksi syarikat berkenaan dikhuatiri disapu bersih oleh golongan kapitalis.

Serentak itu, beliau mendesak kerajaan, khususnya Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad supaya tidak menyerahkan tanggungjawab membangunkan Kampung Baru kepada SPV.

“Kerajaan perlu memastikan Kampung Baru diiktiraf sebagai tanah rizab Melayu dengan cara betul dan sebarang cadangan pemilikan kepada bukan Melayu adalah diharamkan.

“Kerajaan perlu meneruskan usaha baik yang lama melalui Lembaga Pembangunan Kampung Baru yang ditubuhkan untuk membangunkan golongan usahawan Kampung Baru serta memastikan kawasan itu terus menjadi tarikan unik metropolitan Kuala Lumpur,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Isnin lalu, Khalid memberitahu Dewan Negara bahawa SPV akan diwujudkan bagi melaksanakan pembangunan semula Kampung Baru, memandangkan masih belum ada pemaju yang dilantik setakat ini.

Katanya, SPV ini akan mendapatkan dana untuk membeli tanah dalam kawasan yang ingin dibangunkan sambil menjadikan pemilik asal sebagai pemegang sebahagian dari sahamnya.

“SPV sebagai pemilik tanah seterusnya akan mengawal selia pembangunan Kampung Baru dengan membahagikan pembangunan itu kepada beberapa pakej untuk dibangunkan secara usaha sama dengan pemaju yang dipilih melalui tawaran sebut harga terbuka,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close