Berita UtamaUtama

Himpunan komunis: Sebelum keadaan huru-hara lebih baik batal pertubuhan

Veteran ATM desak RoS tindak tegas, jangan beri muka dalam isu libat keselamatan

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 14 Rabiulakhir 1441H, Rabu – “Cegah sebelum parah,” demikian tegas bekas anggota komando Abdul Ghani Ahmad.

Itu adalah gesaan beliau terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) apabila sembilan persatuan dikenal pasti terbabit dalam himpunan komunis, baru-baru ini.

Abdul Ghani mendakwa, himpunan berkenaan sepatutnya diharamkan kerana dianjurkan dengan sengaja untuk menaikkan kemarahan rakyat, terutamanya veteran-veteran tentera.

“Mereka nak tunjuk samseng, nak tunjuk keras kepala. Mentang-mentang bangsanya ramai di Parlimen.

“Himpunan ini juga berniat untuk menghuru-harakan negara ini, kononnya mahu perjuangkan hak berbilang kaum,” dakwanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed hari ini berkata, sembilan persatuan dikenal pasti terbabit dalam penganjuran majlis peringatan ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai, Thailand.

Beliau berkata, pihaknya mengenal pasti empat individu yang memberi ucapan dalam majlis berkenaan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil Parti Komunis Malaya (PKM) dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.

“Setakat ini, 6 saksi telah diambil keterangan manakala saksi lain akan diambil keterangan berdasarkan temujanji yang ditetapkan.

“Sehingga kini, polis menerima 72 laporan berkait isu sama. Selain itu, siasatan masih dijalankan dan beberapa tindakan akan diambil, termasuk mendapatkan keterangan daripada pakar sejarah,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani menegaskan bahawa undang-undang negara berkaitan komunis perlu diperketatkan.

“Saya mewakili veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengakui bahawa kami sangat terguris dengan perkara ini.

“Musuh kita sekarang berada di bandar, tambahan pula ia daripada kalangan orang-orang ternama,” dakwanya lagi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close