Berita UtamaUtama

246 kes nahas maut dicatat dari Januari 2016 hingga Oktober 2019

Cuai lintas jalan, terbabas, potong dan tukar lorong antara punca

KUALA LUMPUR, 14 Rabiulakhir 1441H, Rabu – Sebanyak 246 kes kemalangan maut dengan 275 kematian dicatatkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), bagi tempoh Januari 2016 hingga Oktober tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, 15 keadaan dikesan menjadi punca kepada kemalangan maut di jalan raya di Malaysia, termasuk mengekori rapat kenderaan di hadapan.

Punca lain adalah cuai ketika melintas jalan, terbabas sendiri, sedang memotong atau menukar lorong dan cuai ketika keluar atau masuk simpang jalan susur, katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu jumlah kecelakaan jalan raya yang membawa maut di LPT 2, sejak ia dibuka sehingga sekarang.

LPT2 adalah jajaran sepanjang 183.4 kilometer (km) meliputi empat daerah iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu dibuka sepenuhnya pada 31 Januari 2015.

Mohd Azis berkata, sebanyak 12,167 kes kemalangan biasa yang tidak membabitkan kematian di LPT2 dicatatkan bagi tempoh yang sama. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close