Berita UtamaDunia

Hamas gesa Arab Saudi bebaskan tahanan Palestin

Arab Saudi tak ada alasan kukuh tahan bekas anggota Hamas

BAITULMAQDIS, 4 Ramadan 1442H, Jumaat – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa kerajaan Arab Saudi membebaskan semua tahanan Palestin di negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap Hamas, Hazem Qasim berkata, gesaan itu dilakukan sempena bulan Ramadan yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia pada minggu ini.

Katanya, para tahanan di Arab Saudi telah mematuhi undang-undang di negara itu.

Seorang lagi jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, Arab Saudi tidak mempunyai alasan kukuh untuk menahan bekas anggotanya di Riyadh, Mohammed Al-Khudari serta anak lelaki dan umat Islam lain di penjara.

Tegasnya, tahanan mesti dibebaskan atas dasar kewajiban agama, moral dan etika, terutamanya ketika bulan Ramadan.

Februari lalu, Amnesty International melaporkan Mohammed, 83, sedang dalam rawatan kerana mengalami barah prostat ketika pihak berkuasa Arab Saudi menahan beliau dan anaknya, Hani Al-Khudari pada 4 April 2019.

Amnesty meminta Raja Arab Saudi untuk menarik semula tuduhan tidak berasas ke atas Mohammed serta membebaskan beliau dan anaknya.

Menurut Hamas, sekurang-kurangnya 60 warga Palestin berada di penjara Arab Saudi. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button