Berita UtamaDuniaEropahUtama

Seorang rakyat Malaysia sah maut dalam letusan di N. Zealand

Butir lanjut berkenaan mangsa sedang dikumpul, kemas kini

WELLINGTON, 13 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Seorang rakyat Malaysia disahkan maut dalam bencana letusan gunung berapi di White Island, New Zealand, semalam.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam kenyataan berkata, seorang pegawai tempatan telah mengesahkan perkara itu pada pukul 9.30 pagi tadi.

“Butiran lanjut akan diperoleh kerana kami sedang menjalankan misi mengumpulkan maklumat mangsa terlibat.

“Kami juga menjalankan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan akan terus mengemas kini perkara ini dari semasa ke semasa.” katanya hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden berkata, kamera rim yang dikendalikan oleh Agensi Geologi New Zealand (GeoNet) mendapati, terdapat satu kumpulan berada berdekatan tempat kejadian seminit sebelum letusan berlaku.

“Sekarang sudah terbukti bahawa terdapat dua kumpulan di pulau itu – mereka yang dapat dipindahkan dan berdekatan dengan letusan, ” kata Arden.

Selain itu, Arden berkata, kira-kira 30 mangsa dimasukkan ke hospital dan disahkan dalam keadaan kritikal.

“Pihak berkuasa masih menilai sejauh mana para penyelamat dapat mengakses pulau itu,” katanya.

Ledakan gunung berapi di White Island yang juga dikenali sebagai Whakaari, 48 kilometer dari North Island New Zealand meletuskan abu dan wap besar di udara ketika sekumpulan pelancong mengunjungi pulau itu.

Setakat ini, lapan orang tidak dapat dikesan dan usaha mencari serta menyelamat masih diteruskan.

Agensi Geosains New Zealand (GNS Science) memberi, amaran bahawa gunung berapi itu berkemungkinan akan meletus sekali lagi dalam tempoh 24 jam akan datang.

Selain itu, seorang saksi warga New Zealand, Geoff Hopkins, 50, berkata, beliau sempat membawa mangsa yang cedera ke dalam bot.

Hopkins adalah antara kumpulan pelancong yang telah dibenarkan melawat gunung berapi berkenaan sebagai hadiah ulang tahun.

Beliau berkata, mereka yang sempat melarikan diri daripada letusan itu telah terjun ke dalam laut.

“Kebanyakan badan mangsa telah melecur kerana mereka hanya memakai seluar pendek dan berbaju T, jadi kulit mereka banyak terdedah,” katanya.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison hari ini berkata, tiga rakyatnya dikhuatiri maut dan 13 lagi cedera dalam bencana itu.

Selain itu, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke New Zealand, Laura Clark dalam satu ciapan di laman Twitter mengesahkan bahawa dua wanita British antara yang tercedera sedang dirawat di hospital. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close