Berita PilihanBerita UtamaUtama

Senator cadang klasifikasi pendapatan M40 dinilai semula

Perlu ikut jenis kediaman kerana beri impak pada kos sara hidup

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Kadar pendapatan isi rumah kumpulan M40 yang ditetapkan sebelum ini perlu dinilai semula mengikut lokasi kediaman.

Senator Datuk Dr S. Ananthan dalam membuat cadangan itu berkata ini kerana kawasan kediaman memberi impak kepada kos sara hidup.

“Kerajaan menyediakan pelbagai insentif menangani kos sara hidup untuk kumpulan B40 sahaja tanpa mengambil kira kumpulan M40.

“Saya percaya keluarga yang tergolong dalam kumpulan M40 juga perlu diberi perhatian yang khusus kerana kumpulan ini sering kali diabaikan apabila kerajaan mengumumkan sebarang insentif untuk rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020, pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

RUU Perbekalan 2020 dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, semalam.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close