Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Masyarakat dunia gesa pulau Suu Kyi

Ekoran pendirian sokong tindakan bunuh etnik Islam Rohingya

BELANDA, 13 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Kempen hak asasi manusia di seluruh dunia menggesa masyarakat antarabangsa untuk memboikot pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Gesaan berkenaan susulan Suu Kyi didakwa, menyokong pembunuhan beramai-ramai etnik Islam Rohingya dan perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.

Suu Kyi yang tiba di Belanda pada Ahad lalu dijadual menghadiri perbicaraan selama tiga hari, seperti tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Gambia pada bulan lalu.

Semalam, media antarabangsa melaporkan kira-kira 30 kumpulan hak asasi manusia dan penyokong dari 10 buah negara telah melancarkan kempen “Kampanye Boycott Myanmar”, sekali gus bagi memberi tekanan politik dan ekonomi ke atas negara itu.

Myanmar enggan mengiktiraf etnik Rohingya sebagai warganegara, dan pegawai negara berkenaan juga tidak menggunakan perkataan Rohingya – yang bermaksud berasal dari Rakhine – walaupun kumpulan itu telah berabad menetap di negeri berkenaan sebelum berlakunya penindasan rejim kerajaan pada tahun 2017.

Lebih 730,000 Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh pada Ogos 2017, berikutan tindakan kejam tentera Myanmar yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai rancangan pembersihan etnik.

PBB dalam laporannya juga mendedahkan bahawa antara kekejaman yang dilakukan oleh tentera Myanmar termasuk melakukan keganasan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak Rohingya.

Malah, ribuan umat Islam Rohingya turut tercedera dan terkorban hasil daripada perlakuan biadab tentera Myanmar antara November 2016 hingga Ogos 2017. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close