Berita UtamaUtama

Letusan gunung berapi: Seorang rakyat Malaysia cedera

Wisma Putra sahkan mangsa kritikal, sedang terima rawatan di hospital

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Seorang rakyat Malaysia cedera parah dalam insiden letusan gunung berapi di White Island, New Zealand, semalam.

Wisma Putra mengesahkan mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Christchurch.

“Bagaimanapun, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington masih belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan terkorban sebelum ini,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.

Mereka yang terjejas atau berada di tempat kejadian disarankan supaya menghubungi Suruhanjaya Tinggi di talian +64-4385 2439 / +64-4801 5659 / +64-210 440 188 (Kecemasan) atau e-mel mwwellington@kln.gov.my.

Ledakan gunung berapi yang berlaku di White Island, yang juga dikenali sebagai Whakaari, 48 kilometer dari North Island New Zealand, meletuskan abu dan wap besar di udara ketika sekumpulan pelancong mengunjungi pulau itu.

Setakat ini pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan lapan individu hilang manakala enam maut dan lebih 30 cedera dalam kejadian yang berlaku pada 2.11 petang waktu tempatan itu. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close