Berita Utama

Krisis Sudan: 3 juta hilang tempat tinggal

Hampir separuh populasi perlukan bantuan kemanusiaan

MOSCOW, 18 Zulhijjah 1444H, Jumaat – Konflik di Sudan yang berlanjutan hampir tiga bulan memaksa hampir tiga juta orang penduduk hilang tempat tinggal dengan hampir 700,000 telah meninggalkan negara itu, Sputnik memetik kenyataan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Khamis.

Kebanyakan penduduk melarikan diri ke Mesir (40 peratus) manakala selebihnya ke Chad, Sudan Selatan, Ethiopia dan Republik Afrika Tengah.

Menurut organisasi itu, hampir separuh populasi Sudan atau 24.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan segera.

Pertempuran antara tentera Sudan dan  pasukan separa tentera Rapid Support Forces  (RSF) tercetus pada pertengahan April. Keadaan di negara itu kekal tegang walaupun terdapat rundingan antara pihak bertelagah di Jeddah, Arab Saudi, yang bermula pada 6 Mei. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button