Berita UtamaUtama

Isytihar Islam agama Persekutuan kurangkan sifat sekular negara

Punca kenapa Perkara 3 Perlembagaan kerap diserang

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 13 Rabiulakhir 1441H, Selasa– Perkara 3 yang termaktub di dalam Perlembagaan meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan kini dilihat semakin kerap diserang selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Sukarelawan Malaysia, Isham Abdul Jalil berkata, ini kerana ramai pemimpin politik PH mempersoalkan keperluan mengisytiharkan Perkara 3, sedangkan ianya sudah termaktub sejak sekian lama.

“Ada yang mempersoalkan bahawa Perkara 3 tidak perlu diisytiharkan kerana ini negara sekular. Apabila kita isytiharkan, ada pakar Perlembagaan kata akan mengurangkan sifat-sifar sekular negara ini.

“Saya ingin tanya pakar Perlembagaan PH ini, sejak bila Malaysia negara sekular? Kita tidak pernah menjadi negara sekular dan ekstremis. Dalam Perlembagaan kita, 20 kali disebutkan mengenai agama, tidak sekali pun disebut sekular,” katanya dalam temu bual Cakap Serupa Bikin di TV Pertiwi, malam semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai politik orang Melayu pula, Isham berpandangan bahawa orang Melayu berpecah disebabkan pemimpin.

Beliau mendakwa, perpecahan itu berlaku kerana kebanyakan pemimpin Melayu mahu menjadi perdana menteri serta perebutan kuasa.

“Hari ini kita lihat dalam PKR sendiri, Anwar dan Azmin punya perpecahan meskipun sudah menjadi kerajaan.

“Dulu mereka dalam pembangkang melaungkan reformasi. Sekarang sudah jadi kerajaan, kedua-dua pun masih melaungkan reformasi. Pada saya buat apa nak memekik reformasi lagi, awak dah jadi kerajaan reform sahajalah. Buat sahaja kerja.

“…kenapa (mereka) tidak buat kerja? Sebab mereka berpecah dan bercita-cita mahu menjadi perdana menteri,” dakwa beliau.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close