Berita Utama

Suami isteri direman bantu siasatan salah guna kuasa

Suspek syor syarikat milik ibu bapa dapatkan perolehan kerja

KUALA TERENGGANU, 6 Muharam 1445H, Isnin – Sepasang suami isteri direman selama tiga hari sehingga Rabu ini, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam proses mendapatkan perolehan kerja melibatkan nilai ratusan ribu ringgit.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Suspek yang juga penjawat awam berusia 30-an disyaki mengesyorkan syarikat milik ibu bapanya, yang diuruskan oleh isterinya berusia 40-an, bagi mendapatkan perolehan kerja di sebuah jabatan kerajaan di Terengganu sejak 2019.

Pasangan itu masing-masing ditahan pada 6 petang dan 3.30 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.

Dalam operasi semalam SPRM juga berjaya merampas beberapa kenderaan mewah milik pasangan tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat dan kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM100,000. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button