Berita UtamaDuniaUtama

Enam mangsa tembakan maut di Republik Czech

Suspek tembak diri sendiri sebelum ditemui polis

PRAGUE, 13 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Seorang lelaki menembak mati enam orang di ruangan menunggu di sebuah hospital dekat bandar Ostrava, Republik Czech sebelum menembak dirinya sendiri di bahagian kepala.

Pegawai polis berkata, mereka diarahkan untuk ke hospital berkenaan di bandar utara-timur pada 7.19 pagi waktu tempatan (2 .19 petang waktu Malaysia).

BBC melaporkan, polis pada awalnya mencari suspek yang membawa kereta berwarna perak jenama Renault. 

Polis turut menyebarkan gambar suspek, tetapi memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mendekatinya.

Bagaimanapun, suspek berusia 42 tahun itu kemudian ditemui mati setelah membunuh diri sebelum pegawai tiba, kata polis.

Serangan yang tidak dapat dijelaskan itu adalah insiden tembakan terburuk di Republik Czech sejak lapan orang terbunuh di sebuah restoran di Uhersky Brod pada tahun 2015.

Ostrava, di timur laut Republik Czech berhampiran sempadan dengan Poland, mempunyai penduduk sekitar 290,000. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close