Berita UtamaUtama

Tatu: ‘Maaf’ penganjur tak boleh diterima

Netizen desak kenakan hukuman setimpal terhadap penganjur ekspo

BANGI, 12 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Pengguna media sosial tidak menerima ‘maaf’ yang diungkapkan penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, sekali gus mahu mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program ‘tidak sopan’ berkenaan.

Netizen berkata, tindakan Pengasas Blackout Trading, Carlos Benny sama sekali tidak boleh diterima, malah, ada netizen yang beranggapan, kejadian itu akan berulang kembali walau perkataan maaf dikeluarkan.

Pengguna Facebook, yang dikenali sebagai Mohd Saiful berkata, walau perkataan maaf telah dikeluarkan, beliau selaku rakyat Malaysia sukar untuk terima program melampau seumpama itu.

“Maafmu tidak diterima. Asal salah minta maaf, asal maaf je mesti ada buat salah. Nilai maaf itu dah jadi murah sangat. Tak ada value, inflasi tinggi sangat,” katanya.

Sementara itu, Nuraisis Asry berkata: “Dah tahu dah tak perlu nak buang masa nak siasat, maaf je da selesai. Malaysia darul maaf, dah tak guna pakai undang-undang dah,” tulisnya.

“Ok la tu da minta maaf, Malaysia baru ni buat silap minta maaf, terus ok. Marilah sama-sama kita lupakan perkara ini,” sindir Rahimi Suhaimi.

Pada masa sama, netizen mahu tindakan diambil kepada penganjur berkenaan berhubung ekspo tatu itu.

“Maaf tak cukup, perlu hukuman dan diharamkan pertunjukkan tatu di Malaysia,” tulis Hanafi Latif.

“Tindakan keras patut diambil dan tiada lagi acara sebegini akan datang. Macam tak peka banyak lagi seni yang boleh diketengahkan bukan tatu. Maaf tidak memandai atas sebab kebodohan,” tulis Yatt Yusoff.

Terdahulu, tular gambar-gambar lelaki dan wanita bertatu separuh bogel yang menyertai ekspo bertaraf antarabangsa itu.

Ekspo itu turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) seperti yang tertera di layar belakang pentas.

Penganjuran ekspo terbabit menghimpunkan peserta dari 35 negara berbanding penganjuran pada tahun 2015, 2016 dan 2017 yang diadakan di Sabah sebelum ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close