Berita Utama

PRN: BN umum senarai calon 21 Julai

KUALA LUMPUR, 23 Zulhijjah 1444H, Rabu – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 21 Julai ini.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi.

“Untuk BN, kita akan umumkan pada 21 Julai malam untuk semua negeri,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Turut hadir beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan iaitu Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mesyuarat itu turut disertai Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup dan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pada 5 Julai lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan bahawa PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button