Berita UtamaUtama

Rumah ‘scammer’ warga China di Cyberjaya diserbu

Operasi besar-besaran banteras salah guna pas oleh warga asing

BANGI, 12 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Satu operasi telah dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas premis kediaman di Cyberjaya, yang disyaki menjadi tempat tinggal warga China yang terbabit dalam aktiviti atas talian.

Operasi yang dijalankan pada 7 Disember lalu, adalah tindakan susulan bagi memburu mereka yang melarikan diri ketika penahanan 680 warga China di Cyberjaya pada 20 November.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, 29 unit rumah telah diperiksa dan semua unit kediaman berkenaan tidak berpenghuni.

“JIM percaya mereka telah melarikan diri kerana semua unit kediaman berkenan ditinggalkan kosong dan dalam keadaan berselerakan.

“Jabatan ini akan terus melaksanakan operasi-operasi seperti ini secara besar-besaran bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan pas oleh warga asing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata, JIM Sabah berjaya menangkap 52 warga China yang disyaki terbabit dalam aktiviti atas talian pada 26 November lalu.

“Semua warga China yang ditahan ini masih lagi dalam proses siasatan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close