Berita UtamaDuniaUtama

Protes Iraq: 2,626 penunjuk perasaan dibebas

460 maut, 17,000 cedera sepanjang protes antikerajaan

BAGHDAD, 12 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Pihak berkuasa Iraq telah membebaskan 2,626 penunjuk perassan yang ditahan ketika protes antikerajaan sejak Oktober lalu, kata sumber kehakiman tertinggi negara itu, lapor Anadolu Agency.

Dalam satu kenyataan, Majlis Kehakiman Tertinggi berkata, 181 penunjuk perasaan lagi masih ditahan sementara menunggu siasatan.

Iraq digegarkan dengan protes besar-besaran sejak awal Oktober, menyebabkan 460 orang mati dan 17,000 yang lain cedera, lapor Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Iraq.

Demonstrasi berlaku sehari selepas Perdana Menteri, Adel Abdul Mahdi merayu kepada penunjuk perasaan untuk menangguhkan pergerakan mereka, yang katanya telah memberikan kesan buruk kepada ekonomi.

Bagaimanapun pada 1 Disember, Parlimen Iraq menerima peletakan jawatan Adel Abdul-Mahdi di tengah-tengah bantahan terhadap rasuah dan keadaan hidup yang buruk.

Perkara itu diputuskan ketika sesi Parlimen yang diadakan di Baghdad dan dibuat tanpa proses undian memandangkan undang-undang sedia ada tidak memberikan prosedur yang jelas untuk ahli dewan mengiktiraf keputusan tersebut.

Pentadbiran Abdul Mahdi mengambil alih sementara tugas beliau sehingga ahli dewan itu bersetuju melantik calon baharu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close