Berita Utama

Cuaca buruk di Pahang, Johor hingga esok

Hujan lebat dijangka berlaku di Kuantan dan Pekan: MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 12 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan dikeluarkan untuk kawasan kawasan Rompin, Pahang, manakala di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku di Kuantan dan Pekan di Pahang serta Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close