Berita UtamaUtama

12 pekerja kilang kimia melecur

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak polis

JOHOR BAHRU, 12 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Dua belas pekerja sebuah kilang kimia di Jalan Nibong 1, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, melecur dalam kejadian kebakaran di kilang berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Ismail Dollah berkata, kebakaran yang berlaku antara 9.21 pagi dan 9.27 pagi itu, bagaimanapun, berjaya dipadam sepenuhnya oleh Unit Kebakaran Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd.

“Kejadian menyebabkan 12 pekerja melecur pada bahagian badan.

“Dua daripadanya menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di sini, manakala empat lagi di Hospital Penawar, Pasir Gudang. Enam yang lain hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Penawar, Pasir Gudang,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Ismail berkata, punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Yahya Madis mengesahkan tindakan pemadaman kebakaran itu dilakukan pihak Pasukan Respons Kecemasan (ERT) kilang tanpa menghubungi bomba.

“Yang terbakar adalah tong solvent di luar kilang dan tidak melibatkan struktur kilang,” katanya.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close