Berita UtamaUtama

Sekolah satu aliran sukar wujud kerana BN, PH tak berani

MBM saran KPM ‘baiki’ aliran kebangsaan jadi pilihan semua kaum

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 11 Rabiulakhir 1441H, Ahad – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disarankan mengambil langkah ke hadapan dengan memperbaiki sistem aliran kebangsaan supaya sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama semua kaum di negara ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, idea asalnya, sekolah satu aliran bagus untuk memupuk perpaduan, bagaimanapun realitinya mustahil untuk diwujudkan dengan penambahan sekolah jenis kebangsaan serta sekolah agama.

Bahkan kata beliau, realitinya memang payah apabila Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) tiada keberanian politik untuk mewujudkan sekolah satu aliran.

“Kita mohon KPM memperbaiki aliran kebangsaan supaya menjadi pilihan utama rakyat dan semua kaum di negara ini secara sukarela beralih ke sekolah kebangsaan,” kata beliau ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Jufitri berkata demikian sebagai mengulas mengenai kepentingan sekolah satu aliran dalam negara ini berbanding sekolah vernakular.

Sebelum ini, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa kerajaan menilai semula sama ada kewujudan sekolah vernakular di negara ini benar-benar mewujudkan perpaduan kaum seperti dakwaan segelintir pihak.

Ini kerana tiada data statistik rasmi menunjukkan perkara itu, malah peratusan pelajar Melayu di sekolah jenis kebangsaan masih belum mencapai 20 peratus.

Presiden iGuru, Mohd Azizee Hasan menegaskan, sikap prejudis sesama kaum masih menebal berikutan kesan daripada kewujudan sekolah vernakular.

Selain itu, kewujudan sekolah jenis kebangsaan ini juga menyuburkan lagi fahaman cauvinis serta ekstremis dalam kalangan rakyat.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close