Artikel Khas

Perlukah tambah menteri ketika rakyat susah?

Paling sedih ultra kiasu DAP juga untung, kini berada dalam Kementerian Kewangan, meskipun bergelar guru muzik

SEMUA orang tahu, apabila bertambah sahaja satu atau lebih kementerian yang baharu, belanja besar akan meningkat. Keperluan kepada bangunan baharu, perjawatan baharu, kenaikan pangkat pegawai tinggi PTD, dan macam-macam lagi kos terlibat.

Dahulu, jika berlaku penambahan kementerian baharu, bukan main lagi kumpulan ultra kiasu ini memekik. Tetapi bila tiba dia orang melakukannya, senyap sahaja. Apakah manusia atau pemimpin sebegini boleh dipercayai dan diikuti?

Mengata dulang paku serpih, mengata orang, sendiri yang lebih.
Ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri.
Ibarat menjilat ludah sendiri.

Inilah ultra kiasu. Bila kena kat dia, menguntungkan, dia senyap. Macam-macam alasan dan justifikasi diberikan. Bila kurang kat dia, satu dunia bising. Walhal, tidak ada keperluan pun mewujudkan lagi kementerian baharu, melainkan untuk memenuhi kehendak dan desakan ultra kiasu.

Perlu diingatkan, mengwujudkan kementerian baharu, meskipun berkaitan, hendaklah berasaskan kepada keperluan yang mendesak, bukan untuk memuaskan nafsu serakah atau kemaruk kuasa ultra kiasu.

Paling untung, tidak lain, tidak bukan, sudah tentu, ultra kiasu DAP. Dapat lagi satu kerusi menteri dan beberapa timbalan. Sudah tentu pengaruh mereka, semakin melebar.

Saya ingatkan sahaja, mengenali ultra kiasu ini sekian lama, agenda mereka sangat licik, agenda membolot peluang. Institusi strategik tidak sepatutnya mereka berada.

Ini tidak termasuklah kementerian yang ada kaitan dengan penerangan, digital dan multimedia. Tidak ada keperluan langsung dipecahkan, kerana isu yang sama. Malangnya, demi keperluan nafsu serakah, ultra kiasu, rela dipecahkan. Ketika rakyat susah, tambah lagi belanja yang tidak perlu. Saya hadiahkan serangkap pantun.Dulu kata Kabinet PN (BN) terlebih

Kini PH buat boleh
Paku dulang paku serpih
Mengatakan orang dia yang lebih

Paling pelik lagi, punyalah ramai lagi ahli Parlimen yang berkelayakan mengisi jawatan menteri dan timbalan, senator pula tidak pasal-pasal dilantik. Tambah lagi belanja.

Apa sudah jadi negara ini? Jawatan diisi bukan ikut keperluan, tetapi ikut desakan, permintaan dan desakan.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button