Berita UtamaPendapatUtama

Genap setahun Himpunan 812: Amanat penganjur

Pemimpin Melayu berkuasa seperti harimau hilang taringnya

HIMPUNAN Tolak ICERD atau lebih dikenali sebagai Himpunan 812 tercatat sebagai sejarah negara sebagaimana sejarah ‘Peristiwa Natrah’ yang berjaya mengumpulkan jutaan umat Melayu Islam yang bersatu hati mempertahankan maruah dan kedaulatan agama dan bangsanya.

Kesan Himpunan 812 terasa hingga ke Indonesia dan Turki yang menjadi bualan pimpinan negara tersebut. Malah, satu dunia telah menyaksikannya apabila mendapat liputan yang luas dari akhbar-akhbar antarabangsa.

Himpunan ini menjadi lambang penyatuan orang Melayu dan ini menjadi bukti bagaimana kesatuan orang Melayu Islam mampu dan berjaya merubah tindakan dan polisi kerajaan.

Himpunan ini dianjurkan oleh gabungan NGO-NGO Islam iaitu Gerakan Pembela Ummah (UMMAH). Maka, peristiwa ini membuktikan peranan NGO adalah penting dan akhirnya berjaya membawa parti-parti politik Melayu bersatu-padu sehingga wujudnya Muafakat Nasional.

Kegusaran rakyat terhadap pimpinan negara semenjak peralihan kuasa pasca PRU-14 jelas terbayang apabila satu demi satu penghinaan serta tekanan dikenakan terhadap orang Melayu Islam.

Hari ini kita sudah tidak tahu ke arah mana negara sedang menuju. Adakah negara menuju kepada haluan kiri?

Kalau dahulu, golongan-golongan cauvenis, komunis, liberalis dan rasis hanya menguasai ekonomi tetapi kini mereka mahu menguasai segala-galanya.

Harta khazanah negara sedang dijarah, budaya Melayu direndah-rendahkan, agama Islam difitnah dan dihina dan pelbagai kemaksiatan semakin terserlah. Setiap hari pasti ada isu yang berlaku.

Pemimpin Melayu yang sedang berkuasa tidak lebih seperti seekor harimau yang kehilangan taringnya. Mereka juga seperti sekadar seekor ayam jantan yang berkokok dipagi hari tetapi menyorok ketika panas mentari tiba.

Himpunan 812 merupakan bukti bahawa jika orang Melayu bersatu, maka segalanya boleh diubah.

Keyakinan ini mesti ditanam sedalam-dalamnya di sanubari dan pemikiran orang Melayu.

Selagi keyakinan ini tidak benar-benar ditanam dan diserap dalam perasaan dan jiwa orang Melayu, maka selagi itulah kita akan masih bergantung dan mengemis dari orang lain.

Selama itu jugalah negara akan kekal menjadi habuan dan ratahan orang lain.

Kita berdoa moga Himpunan 812 ini sentiasa menjadi iktibar kepada umat Melayu dan orang Islam keseluruhannya untuk berubah dan memacu negara kembali ke zaman kegemilangannya.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA/ Pengerusi UMMAH/ Penganjur Himpunan 812

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close