Berita UtamaUtama

Banjir makin pulih di Kelantan

Paras Sungai Golok di Rantau Panjang pada keadaan berjaga-jaga

KOTA BHARU, 11 Rabiulakhir 1441H, Ahad – Kelantan semakin pulih daripada banjir dengan jumlah mangsa banjir di negeri ini pada petang ini hanya tinggal 297 orang sahaja daripada 83 keluarga di dua jajahan terjejas iaitu Pasir Mas dan Tumpat berbanding 825 orang daripada 304 keluarga pada pagi tadi.

Berdasarkan Aplikasi InfoBencanaJKM pada jam 5.00 petang ini, hanya sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan Bakong, Pasir Mas masih menempatkan 66 orang daripada 21 buah keluarga.

Sementara di Tumpat terdapat 231 mangsa daripada 62 buah keluarga masih berada di dua PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2 dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2.

Dalam pada itu mengikut publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan hanya paras Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras berjaga-jaga iaitu 7.83 meter (berjaga-jaga 7 meter) manakala semua sungai lain telah berada pada paras normal.

Cuaca petang ini adalah mendung manakala tiga mangsa terkorban akibat banjir di Kelantan setakat ini.

Negeri lain kini bebas banjir termasuk Sarawak di mana dua PSS di daerah Lundu telah ditutup pada jam 2.00 petang tadi selepas semua 70 mangsa banjir daripada 20 keluarga pulang ke rumah masing-masing dan air surut sepenuhnya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close