Berita PilihanBerita UtamaUtama

Pertahan prinsip pengasingan kuasa: Ketua Hakim Negara

Ingatan tentang kebebasan kehakiman, kedaulatan perundangan

PUTRAJAYA, 8 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat mengingatkan para hakim agar sentiasa mempertahankan prinsip pengasingan kuasa, kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang- undang.

Katanya sebagai hakim, tidak dapat dinafikan tugas mereka adalah berat dan sentiasa terdedah kepada kritikan-kritikan dan cercaan yang tidak berasas.

“Dalam mengendalikan kes-kes, hakim-hakim perlulah sentiasa peka dengan prinsip bahawa ‘justice should not only be done, but it should manifestly and undoubtedly be seen to be done’ (keadilan tidak seharusnya hanya dilaksanakan, tetapi ia harus jelas, dan tentunya perlu dilihat bahawa ia dilaksanakan),” katanya semasa berucap di majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia hakim baharu dilantik hari ini.

Beliau berkata penyediaan alasan-alasan penghakiman penting untuk memberitahu pihak yang kalah, terutamanya, kenapa hakim membuat keputusan yang tidak memihak kepada yang kalah dan ia juga penting untuk proses akauntabiliti dan ketelusan.

Tengku Maimun menegaskan bahawa mutu dan kualiti sesuatu alasan penghakiman bukanlah bergantung kepada panjang atau pendeknya sesuatu alasan itu, tetapi ia bergantung kepada sama ada isu-isu penting bagi pemutusan sesuatu kes telah dianalisis dan dikupas, berdasarkan keterangan yang dikemukakan dan prinsip undang- undang yang berkaitan.

Katanya dalam membuat keputusan, hakim hendaklah sentiasa berpegang kepada prinsip undang- undang, bebas dari apa-apa pengaruh, dorongan, tekanan, ancaman atau gangguan, sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana pihak atau kumpulan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close