Berita PilihanBerita UtamaUtama

Persatuan Islam Xinjiang bantah AS lulus Akta Dasar Hak Asasi Manusia Uyghur

Nasib kaum berkenaan boleh ditentukan oleh mereka sendiri

URUMQI,8 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Persatuan Islam Xinjiang pada Khamis membantah undang-undang berkaitan Xinjiang yang diluluskan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.

Persatuan itu mewakili lebih 10 juta umat Islam, termasuk kumpulan etnik Uyghur di Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur di barat laut China.

Menurut Persatuan itu, pihaknya membantah sekeras-kerasnya dan menyelar tindakan AS itu yang meluluskan akta yang dinamakan “Akta Dasar Hak Asasi Manusia Uighur 2019” yang telah memutarbelitkan dan tidak menghormati hak asasi umat Islam di Xinjiang.

“Hanya kita orang Islam Xinjiang sendiri berhak untuk menentukan hak asasi kita sendiri,” tegas persatuan itu. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close