Berita Utama

‘Dari lubuk hati benar-benar ikhlas, saya sekali lagi mohon maaf’

Peluang untuk muhasabah, teliti ruang-ruang penambahbaikan

BANGI, 18 Safar 1442H, Selasa – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19 semalam, sekali lagi memohon maaf di atas situasi yang berlaku.

“Tempoh masa yang dikurniakan Allah SWT pada ketika ini memberi peluang untuk saya bermuhasabah, dan meneliti ruang-ruang penambahbaikan untuk masa mendatang.

“Saya dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas, sekali lagi memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Meskipun dalam kuarantin dan rawatan, katanya, tetap menjadi amanah dan tanggungjawab untuk melaporkan sebarang perkembangan tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, setiap bulan sebagaimana dilakukan sejak Mac 2020.

Beliau berkata, setiap sen yang dibelanjakan bagi sebarang bentuk urusan terkait tadbir urus Islam di peringkat Persekutuan adalah amanah daripada rakyat.

Dr Zulkifli turut memuat naik Kad Laporan bulan Ogos agensi di bawah portfolionya.

“Kad Laporan ini tidaklah melaporkan keseluruhan program dan aktiviti semua agensi di bawah saya. Saya sarankan anda merujuk terus ke media sosial setiap agensi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Saya berharap Kad Laporan Bulanan ini dapat memberi gambaran secara umum tentang apa yang telah kami laksanakan setiap bulan terutamanya dengan fokus kepada pandemik COVID-19 pada masa ini. Insya-Allah Kad Laporan September 2020 akan menyusul,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button