Berita UtamaDr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama

Liberal tidak senang hati?

Hukuman solat Jumaat sering dipertikaikan: Sanusi

MALAYSIAKINI melaporkan terdapat kumpulan peguam dari Lawyers for Liberty menyatakan rasa tidak senang mereka terhadap hukuman yang dikenakan ke atas sekumpulan lelaki di Terengganu yang meninggalkan solat Jumaat.

2. Trend mempersoal dan mempertikai tindakan Jabatan Agama ini dilihat konsisten diperjuangkan oleh pendokong liberal. Sebelum ini, ada yang mempersoalkan hukuman yang dikenakan terhadap lesbian yang ditangkap di Terengganu, mempertikai tindakan yang dikenakan terhadap golongan Syiah, bahkan ada yang mencadangkan pembelajaran agama dilakukan diluar waktu sekolah.

3. Kebimbangan Rasulullah terhadap golongan yang meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja ini telah direkodkan oleh al-Imam Muslim di dalam Sahihnya. Sabda Rasulullah:

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ، أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ، ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ

Hendaknya suatu kaum menghentikan perbuatannya meninggalkan solat jumat jumat atau Allah Swt akan menutup hati mereka lalu menjadikan mereka benar-benar orang yang lalai. (HR Muslim dan al-Nasa’i))

4. Bahkan Rasulullah pernah mengancam untuk membakar rumah mereka yang tidak mendirikan solat Jumaat dengan sengaja. Sabda Rasulullah:

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلًا يُصَلِّي بِالنَّاسِ ، ثُمَّ أُحَرِّقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُونَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوتَهُمْ

“Aku pernah bertegas untuk memerintahkan orang lain mengimamkan solat, kemudian aku pergi membakar rumah-rumah mereka yang meninggalkan solat Jumaat. (HR Muslim dan Ahmad)

5. Hadith-hadith ini menunjukkan betapa seriusnya Rasulullah dalam usaha menangani golongan yang meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja. Ia selaras dengan kempen yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama.

6. Apa yang lebih membimbangkan, kenyataan golongan ini turut memetik nama seorang Menteri sebagai rujukan bahkan menegaskan bahawa solat Jumaat ialah perkara peribadi yang negara tidak patut campur tangan atau tadbir.

7. Keghairahan golongan yang mempertikaikan syarak ini dilihat semakin menjadi-jadi, dibantu pula oleh pemikiran liberal yang mendesak atas slogan hak asasi kemanusiaan mereka bahkan mereka menggunakan pula kenyataan Menteri yang pernah mengeluarkan kenyataan yang seakan sama dengan hasrat mereka.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Rujukan
1. https://www.malaysiakini.com/news/502365

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close