Berita UtamaUtama

Kenapa Anwar begitu lunak dengan pemuja komunis?

Presiden PKR dinasihat baca cubaan ubah naratif sejarah komunis

BANGI, 8 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Naib Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Zainur Rashid Zainuddin kesal dengan pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kepulangan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia.

Terdahulu Anwar dilaporkan berkata, isu kepulangan abu mayat Chin Peng ke negara ini tidak seharusnya dijadikan isu besar.

Mengakui fakta keganasan komunis serta keperluan menjaga perasaan veteran polis dan tentera, Presiden PKR itu turut mengingatkan bahawa Kerajaan Malaysia sudah pun berdamai dengan PKM menerusi Perjanjian Damai Hatyai pada 1989.

“Saya ambil pendirian yang lebih lunak. Kita tahu sejarah, masalah kekejaman, perlawanan (dengan komunis), sensitiviti dan perasaan tentera dan polis, tetapi juga tahu bahawa kita sudah capai perdamaian.

“(Bekas Perdana Menteri ke-2) Tun Abdul Razak Hussein sudah mula berunding dengan Chou En Lai (Perdana Menteri China), (bekas Perdana Menteri ke-6) Datuk Seri Najib Razak ada hubungan baik dengan Parti Komunis China dan Kerajaan China.

“(Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad juga teruskan (hubungan baik dengan China) dan saya pun berjumpa Parti Komunis China. Jadi saya tak fikir soal abu mayat itu harus jadi terlalu hangat,“ katanya.

Atas pendirian itu, Prof Zainur menasihatkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson membaca cubaan demi cubaan untuk mengiktiraf komunis dan mengubar naratif sejarah kumpulan pengganas itu sebelum ini.

“Tidakkah YB saksikan pada tahun 2019 ini, telah berlaku peristiwa demi peristiwa ganjil yang melukakan hati rakyat majoriti yang prihatin dengan masa depan negara? YB DAP dakwa bahawa datuknya (komunis) adalah pejuang. Hartawan penaja DAP yang menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Selain itu, insiden bendera terbalik, jalur merah, bintang lima dan lain-lain. Bahkan terkini himpunan bekas ahli komunis di Kajang,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Prof Zainur turut mempersoalkan tindakan Anwar yang begitu lunak dengan pemuja perjuangan komunis.

“Jika ini adalah pendirian YB, maka saya doakan agar YB kekal sebagai Perdana Menteri dalam penantian buat selamanya,” kata beliau.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close