Berita UtamaPendapatUtama

Janji Anwar kepada Chin Peng?

Siapa sokong kedudukan kewangan Presiden PKR

MEMBACA kata-kata Chin Peng kepada wartawan Malay Mail Online, Debra Chong, dalam wawancara pada bulan Oktober 2009, jelaslah bahawa, mengikut Chin Peng, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji sesuatu kepada beliau.

Ini adalah petikan kata-kata Chin Peng tersebut:

(1) “My only hope is that Anwar takes over. That’s the most realistic. If Anwar cannot, it’s hopeless. It has to be Anwar.” (“Sesatunya harapan saya ialah Anwar ambil alih. Ini yang paling realistik. Jika Anwar tak boleh, tak boleh berharap. Mesti Anwar.”)

(2) “If Anwar takes over, it’s easy to talk to the government. [Says spoke to Anwar’s close friends, his financial supporters, Chinese Malaysians. Stressed they are “very close to Anwar”. They passed the message from Anwar promise to bring Chin Peng home to Malaysia.]” (“Kalau Anwar ambil alih, mudah untuk bercakap dengan kerajaan. [Menyebut sudah bercakap dengan kawan-kawan rapat Anwar, penyokong-penyokong kewangannya, Cina-Cina Malaysia. Menekankan mereka “sangat rapat dengan Anwar”. Mereka memberi mesej dari Anwar janji untuk bawa Chin Peng balik ke Malaysia.]”)

(3) “Anwar is a man of his word. Hopefully if Anwar takes over, he will allow me to come back.” (“Anwar berpegang pada janji. Harapnya jika Anwar ambil alih, dia akan izinkan saya balik.”)

Patutlah bila menang saja Pakatan Harapan dalam PRU14, bekas ahli PKM, Zhou Tong (Au Heng Kong), terus mendesak di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor dengan menyebut kemenangan Pakatan Harapan adalah juga satu usaha daripada pihak mereka.

Patutlah bila menang saja Pakatan Harapan dalam PRU14, mengikut bekas ahli PKM, Chai Kan Fook, mereka terus membuat perancangan untuk membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia.

Patutlah juga mereka yang menghadiri himpunan bekas pengganas komunis di New Era University College ini adalah pendukung-pendukung kuat Datuk Seri Anwar seperti Dr Syed Husin Ali dan Ronnie Liu.

Siapa agaknya Cina-Cina Malaysia yang menjadi penyokong-penyokong kewangan Datuk Seri Anwar yang menjadi tukang penyampai mesej kepada Chin Peng ini?

Dan apa perlunya berjanji kepada Chin Peng?

Dr Kamarul Zaman Yusoff

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel ini telah disiarkan lebih awal di Facebook Dr Kamarul Yusoff.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close