Berita UtamaUtama

Isma sambut baik 4 elemen tawaran baru UMNO

Elemen jatuhkan UMNO wajar dibaiki: Aminuddin

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 8 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menyambut baik empat elemen Tawaran Baru UMNO untuk rakyat Malaysia yang disarankan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, semalam.

Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, saranan Mohamad kepada sayap-sayap pergerakan UMNO diharap mampu menaikkan bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, adalah wajar sekiranya ditambah satu lagi elemen iaitu integriti dan transparensi dalam tawaran itu.

“Ini elemen yang menjatuhkan UMNO. Sehubungan itu ia perlu dibaiki dalam konteks tadbir urus supaya tidak ada lagi elemen-elemen negatif yang dikaitkan dengan UMNO,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Mohamad kepada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dalam menyahut cabaran merangka Tawaran Baru UMNO untuk rakyat Malaysia – Our New Deal.

Mohamad dilaporkan berkata, tawaran itu perlu mempunyai empat elemen iaitu jaminan dan iltizam dalam mengukuhkan kedudukan politik serta kuasa, memperbaiki kedudukan sosio ekonomi dan kemajuan bangsa Melayu, mengukuhkan kedudukan Islam, institusi Raja, bahasa kebangsaan dan budaya Melayu.

Katanya, tawaran itu juga harus mengandungi usaha mengukuhkan kemajmukan Malaysia, menghormati kepentingan pelbagai kaum dan seterusnya memaju dan mensejahterakan negara.

Difahamkan sahutan itu bagi membuktikan betapa seriusnya UMNO dalam pemerkasaan diri sekali gus menjadi sebuah pergerakan yang inklusif.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin berkata, intergrasi kaum tidak seharusnya meleburkan prisip ketuanan Melayu yang menjadi tonggak bangsa di negara ini.

“Ini bukan rasis tapi kehendak agama menunutut kita supaya bertegas,” kata beliau.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close