Berita UtamaDuniaUtama

19 anak kapal diculik lanun

Dilapor terdiri dari 18 rakyat India, seorang warga Turki

NEW DELHI, 8 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Lapan belas kelasi India, yang berada di atas sebuah kapal milik Hong Kong telah diculik oleh sekumpulan lanun berhampiran pantai Nigeria, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Media tempatan yang memetik kenyataan di laman sesawang ARX Maritime, sebuah agensi global yang menjejaki pembangunan maritim di rantau ini, menyebut kapal Nave Constellation telah ditawan oleh lanun pada Selasa malam semasa melewati Nigeria.

Dalam insiden itu, sejumlah 19 anak kapal telah diculik dan mereka terdiri daripada 18 rakyat India dan seorang rakyat Turki.

Kapal itu kini selamat dan diiringi Tentera Laut Nigeria.

Agensi berita terbesar India, Press Trust of India, yang memetik kenyataan beberapa sumber rasmi pada Rabu melaporkan bahawa, misi India di Nigeria telah menghubungi pihak berkuasa negara Afrika itu untuk membantu memastikan butiran dan menyelamatkan rakyat India yang diculik.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close