Berita UtamaDuniaUtama

18 pekerja maut letupan kilang

Dilapor berlaku disebabkan sebuah lori tangki memunggah gas di India

NEW DELHI, 8 Rabiulakhir 1441H, Khamis – Satu letupan di sebuah kilang seramik di Sudan, telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 18 pekerja dari India dan mencederakan ramai yang lain, lapor media India.

Terdapat 60 rakyat India yang bertugas di negara itu dan 53 daripada mereka difahamkan, berada di kilang tersebut dan kawasan kediaman berhampiran ketika kejadian, kata Menteri Luar India, S. Jaishankar pada Rabu.

Letupan di Kilang Seramik Salome yang terletak di kawasan Bahri, Khartoum pada Selasa berlaku ketika sebuah lori tangki memunggah gas ke dalam kilang itu, lapor media Sudan.

Kebakaran yang berlaku menyebabkan 23 orang maut manakala lebih 130 lagi cedera, menurut laporan itu.

“Duka cita dengan insiden letupan di sebuah kilang seramik di Sudan, di mana sejumlah pekerja India kehilangan nyawa mereka manakala yang lain cedera. Ingatan dan doa saya bersama anggota keluarga yang kehilangan orang tersayang serta mangsa yang cedera. Kedutaan kita menyediakan semua bantuan yang mungkin diperlukan kepada mereka yang terjejas,” kata Perdana Menteri India, Narendra Modi menerusi Twitter.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close