Berita UtamaDuniaUtama

Taufan Kammuri: 200,000 rakyat Filipina diarah segera pindah

Lapangan Terbang Ninoy Aquino ditutup, puluhan penerbangan dibatal

MANILA, 6 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Kerajaan Filipina mengarahkan 200,000 penduduk di kawasan pesisir pantai dan pergunungan segera berpindah, kerana bimbang bencana banjir dan tanah runtuh akan berlaku berikutan taufan kuat melanda negara itu.

Taufan Kammuri, ribut taufan ke dua tahun ini, melanda pulau Luzon, Filipina sebelum tengah malam pada waktu tempatan (16:00 GMT pada hari Isnin).  

Pakar kaji cuaca memberitahu, taufan terbabit membawa kelajuan angin mencecah 170 kilometer sejam.

Ribut itu turut dikenali sebagai Taufan Tisoy. Menurut NASA, taufan itu diberi nama tempatan dengan harapan agar orang Filipina akan cepat bertindak balas dengan nama yang biasa didengar. 

Agensi bencana Filipina memaklumkan, 200,000 orang telah dipindahkan dari berpuluh-puluh wilayah di Luzon selatan ketika pihak berkuasa menaikkan paras amaran siklon untuk 35 wilayah. 

Pada masa sama, penduduk diingatkan untuk berwaspada sekiranya berlaku tanah runtuh, ribut dan banjir yang dicetuskan oleh angin kencang dan hujan.

Taufan Kammuri dijangka melalui ibu kota Manila, pada tengah hari Selasa, menyebabkan pegawai mengumumkan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino dari jam 11 pagi hingga 11 malam waktu tempatan.  

Puluhan penerbangan telah dibatalkan dan diubah waktunya, manakala sekolah-sekolah di wilayah yang terbabit juga telah ditutup. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close