Berita UtamaPendapatUtama

Negara jadi longgokan pengganas LTTE, komunis?

Pengganas berpotensi tinggi cetus huru-hara dalam negara

BELUM pun berlalu masa sebulan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menghantar “Memorandum: Selamatkan Malaysia Daripada Ancaman Pengganas” yang diserahkan sendiri oleh Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya di Parlimen.

Kini, kita dikejutkan dengan isu bendera lima bucu, kemudian isu abu mayat Chin Peng pengkhianat negara dan penderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong, dibawa masuk ke dalam negara dan terbaru perhimpunan bekas-bekas pengganas komunis cina rasis di Kajang dalam negara Malaysia ini.

2. Dan belum pun reda negara kita berasa bimbang dengan ancaman pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eeelam (LTTE) dari bangsa India, kini negara kita dikejutkan pula dengan satu lagi kumpulan pengganas yang jauh lebih ganas, yang juga mempunyai sejarah amat buruk dan kejam terhadap orang Melayu dalam sejarah hitam negara, sebaik selepas Jepun meninggalkan Malaya pada masa itu.

3. Seperti sedia maklum, kerajaan telah tolak kedua-dua kumpulan pengganas ini, tetapi hari ini kita berasa hampa dan amat kecewa apabila melihat kerajaan baru yang membawa pendekatan Rahmatan Lil Alamin dilihat sangat mesra kuffar, seolah-olah buta dan bisu apabila semakin mesra dengan kumpulan pengganas rasis ini.

Apakah kedua-dua kumpulan ini berada di atas undang-undang? Atau adakah kerajaan baru hari ini terdiri daripada Melayu pengecut, yang melutut di hadapan pengganas Cina-India?

4. Isu terbaharu mengenai komunis ini pula dilihat seperti ada usaha-usaha dari pihak tertentu, yang bersungguh-sungguh mahu mengangkat kumpulan pengganas ini sebagai pejuang negara.

Ini terbukti apabila abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara, secara simboliknya seperti ada usaha untuk menghidupkan kembali ideologi komunis dan seolah-olah mereka tidak reda selama ini dengan corak pemerintahan dan pentadbiran negara, yang asasnya adalah Raja-raja Melayu, bangsa Melayu dan Islam.

5. Jika benar seperti ini, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) melihat kecenderungan ini amat membahayakan, kerana ia berpotensi tinggi boleh mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara.

Setidak-tidaknya negara masih aman dan tenteram walaupun kini kemakmuran ekonomi dan kebajikan pekerja semakin tidak stabil.

6. MUAFAKAT juga berasa amat bimbang jika perkara ini tidak dibanteras dengan tegas dan segera, negara bakal hancur sama seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.

MUAFAKAT yakin dan percaya rakyat majmuk di dalam negara kita tentunya tidak mahu keadaan seperti itu berlaku di negara kita ini.

7. Justeru itu, MUAFAKAT menggesa supaya pihak berkuasa bersikap lebih tegas dalam menangani hal ini tanpa mengira kedudukan, sama ada rakyat biasa atau wakil rakyat sekalipun, sekiranya seseorang itu benar-benar didapati terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE dan juga Komunis.

Rakyat Makmur, Sejahtera Negara.

Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Naib Pengerusi UMMAH

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close