Berita UtamaKolumnisUstaz Sharipudin Abdul KadirUtama

Melayu perlu kenal komunis

Sikap lembut dan tolak ansur Melayu tak pernah dihargai

BANGSA Melayu perlu bangkit kerana mereka berdepan dengan bangsa yang menolak agama dan tuhan, walaupun mendakwa mereka beragama.

Komunis menolak agama dan tuhan. Bangsa yang menolak agama biasanya ganas. Sifat ganas itu disembunyikan kerana belum berkuasa sepenuhnya di negara ini.

Sejarah silam telah banyak membuktikan sikap dan perangai mereka yang jijik dan jahat. Selusuri peristiwa pahit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika berjuang menentang kumpulan ini.

Sepanjang zaman darurat 1948 hingga 1960, sejumlah 2473 orang awam terkorban akibat dibunuh oleh komunis dan 1385 orang dicederakan. Pihak pasukan keselamatan pula sejumlah 1865 orang terkorban dan 2560 orang dicederakan.

Pasukan Keselamatan yang terkorban amat menyayat hati rakan-rakan seperjuangan kerana penyeksaan yang dilakukan amat mengerikan.

Mereka ditembak berpuluh-puluh kali sehingga jenazah hancur. Ada yang dipotong kemaluan walaupun telah mati dan dimasukkan kedalam mulut tanda penghinaan.

Ada yang matanya dicungkil dan pelbagai cara lagi dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) untuk membunuh dan menghina jenazah pasukan keselamatan.

Kini mereka berkumpul di bandar mengibarkan panji perjuangan ganas mereka. Mereka sudah ada parti politik. Mereka sudah ada sistem pendidikan untuk mewariskan perjuangan mereka. Sebab itu mereka menolak sistem Pendidikan Kebangsaan.

Bangsa Melayu adalah bangsa yang bertolak ansur dan lembut, tetapi bangsa ini tidak mengerti apa itu tolak ansur.

Usah lagi diulik bangsa Melayu dengan bangsa yang bertolak ansur kerana tolak ansur bangsa Melayu tidak dihargai oleh mereka.

Bangsa ini berlembut diambang kemerdekaan kerana ingin mendapatkan taraf kewarganegaraan.

Memang sikap dan tabiat mereka begitu. Usah diharapkan kebaikan dari mereka untuk bangsa Melayu. Sikap dan tabiat mereka ialah mengganas dan menjajah.

Slogan ganas ‘Nam Thien’ (menjarah ke selatan) terpaku kuat dilubuk hati. Diwarisi dan terus diwarisi. Disuburkan dan terus disuburkan dari generasi ke generasi.

Mereka tidak menyayangi Tanah Melayu melainkan setelah mereka menguasai dan memiliki negara ini sepenuhnya.

Dikala itu bangsa Melayu akan dilupuskan sebagaimana yang berlaku di beberapa buah negara Melayu purba bermula di Champa dan Funan, seterusnya ke selatan.

Penjajahan mereka bukan sahaja menakluki, tetapi menghapuskan identiti sesuatu bangsa dan negara bahkan agama.

Muslim Uyghur bukti sikap dan tabiat ganas mereka. Usah bercakap dengan mereka tentang perpaduan kerana mereka tidak mengerti apa itu perpaduan.

Kita tidak pernah mendengar seruan perpaduan dari pimpinan mereka. Perpaduan mengikut mereka ialah kita tunduk dan menerima semua ideologi mereka, sehingga kita hilang identiti agama dan bangsa kita.

Natijah akhir ialah menyerahkan negara ini kepada mereka.

Sudah cukup bangsa Melayu diulik dengan bangsa yang bertolak-ansur dan lembut kerana kelembutan Melayu tidak dihargai oleh kumpulan ini.

Jika terus diulik dengan sifat ini bangsa Melayu akan lenyap dibumi ini. Tiada istilah tolak-ansur dan lembut jika hidup bersama mereka. Ulikan inilah yang menyebabkan bangsa Melayu terus lemah dan semakin terpinggir dan tersingkir.

Bangsa Melayu perlu bangkit sebelum terlambat. Penjajahan dan penjarahan kali ini bukan lagi penjajahan yang akan diberikan kemerdekaan pada akhirnya sebagaimana kita memperolehi kemerdekaan daripada British, tetapi penjajahan dan penjarahan yang akan melenyapkan identiti bangsa, agama dan negara untuk selama lamanya.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
Ydp Isma Pasir Puteh
merangkap Ketua Perhubungan Isma Kelantan

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close