Berita UtamaUtama

Kerajaan PH ‘buta’, makin mesra pengganas

Negara bakal hancur seperti Timur Tengah jika tak tangani pengganas

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 6 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) kesal dengan cara kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) menangani isu pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Ketua Medianya, Haji Rashidi Haris berkata, kedua-kedua pengganas berkenaan membawa ancaman kepada negara, tambahan pula kewujudan PKM adalah jauh lebih ganas dan memberi sejarah hitam buat orang Melayu dan tanah air ini.

“Kita amat kecewa apabila kerajaan baru, yang membawa pendekatan Rahmatan Lil Alamin dilihat sangat mesra kuffar, seolah-olah buta dan bisu apabila semakin mesra dengan kumpulan pengganas rasis ini.

“Apakah kedua-dua kumpulan ini berada di atas undang-undang? Atau adakah kerajaan baru hari ini terdiri daripada Melayu pengecut, yang melutut di hadapan pengganas Cina-India?,” soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan media, bahawa kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan yang dipercayai membabitkan bekas ahli PKM, kelmarin antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ronnie Liu dan veteran PKR, Syed Husin Ali hadir dalam perhimpunan berkenaan, seolah-olah memberi restu kepada perhimpunan berkenaan.

Terdahulu, terdapat cubaan menyebarkan ideologi komunis dalam buku komik dan seterusnya diikuti dengan tindakan membawa balik abu mayat ketua pengganas, Chin Peng pada 16 September lalu.

Mengulas lanjut, Rashidi yang juga Naib Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yakin terdapatnya usaha-usaha dari pihak tertentu, yang bersungguh-sungguh mahu mengangkat kumpulan pengganas berkenaan sebagai pejuang negara.

“Ini terbukti apabila mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara, secara simboliknya seperti ada usaha untuk menghidupkan kembali ideologi komunis.

“Mereka juga seolah-olah tidak reha dengan corak pemerintahan dan pentadbiran negara selama ini, yang secara asasnya adalah Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan Islam,” katanya.

Justeru, Rashidi menggesa pihak berkuasa supaya bersikap lebih tegas untuk menangani perkara berkaitan pengganas tanpa mengira kedudukan sama ada rakyat biasa mahupun wakil rakyat.

Beliau berkata, kecenderungan untuk membangkitkan kembali fahaman komunis adalah bahaya kerana ia berpotensi tinggi boleh mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara.

“MUAFAKAT amat bimbang jika perkara ini tidak dibanteras dengan tegas dan segera, negara bakal hancur sama seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.

“Kita yakin dan percaya rakyat majmuk di negara kita tentunya tidak mahu keadaan seperti itu berlaku di negara kita ini,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close