Berita UtamaUtama

Kenakan tindakan tegas pihak eksploitasi ideologi pengganas

Isma Gombak buat laporan polis berhubung himpunan komunis

BANGI, 6 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Polis digesa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta pihak yang terbabit dengan perjumpaan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang, Ahad lalu.

Yang Dipertua gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Gombak, Hj Abdul Samad Ashaari berkata, tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak berkenaan kerana mengeksploitasi ideologi pengganas komunis yang boleh mengancam keamanan negara.

“Sejak belakangan ini nampak mereka semakin berani mengetengahkan agenda komunisme dalam bentuk yang terancang, bermula dengan isu komik propaganda komunis yang diedar di sekolah-sekolah.

“Terbaru isu bendera Malaysia memaparkan lima bintang dan kini perhimpunan bekas anggota PKM di Kajang,” katanya selepas membuat laporan polis berhubung perhimpunan dihadiri bekas anggota PKM di Kolej Universiti New Era di Kajang, kelmarin.

Menurut laporan media, kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan yang dipercayai membabitkan bekas ahli PKM, kelmarin antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ronnie Liu dan veteran PKR, Syed Husin Ali hadir dalam perhimpunan berkenaan, seolah-olah memberi restu kepada perhimpunan berkenaan.

Terdahulu, terdapat cubaan menyebarkan ideologi komunis dalam buku komik dan seterusnya diikuti dengan tindakan membawa balik abu mayat ketua pengganas, Chin Peng pada 16 September lalu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close