Berita Utama

DLP untuk murid tahun satu di Sarawak mula tahun depan

1,048 sekolah laksana Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

KUCHING, 6 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Program Dwibahasa (DLP) untuk dua mata pelajaran teras iaitu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk murid Tahun Satu akan dilaksanakan di 1,048 sekolah rendah di Sarawak mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, pelaksanaan program DLP Sarawak itu tertakluk kepada kurikulum yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

“Oleh itu tiada perbezaan antara kurikulum Sains dan Matematik diajar di sekolah rendah Sarawak dengan negeri lain.

“Perbezaannya cuma dari segi pengunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Pelaksanaan DLP Sarawak di sini, Isnin.

Justeru, katanya, semua murid Tahun Satu di Sarawak akan belajar mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Beliau berkata, pelaksanaan itu bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Anjakan 2 bagi memastikan setiap murid mahir dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Menurutnya, pelaksanaan program DLP Sarawak pastinya tidak akan menidakkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Saya percaya DLP Sarawak akan mampu membawa perubahan kepada peningkatan penguasaan ilmu dalam bidang Sains dan Matematik.

“Semua pihak sedia maklum kebanyakkan maklumat terutamanya dalam bidang sains dan teknologi disediakan dalam bahasa Inggeris,” katanya. – Belajar

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close