Berita UtamaPendapatUstaz Mohd Hazizi Abdul RahmanUtama

DAP, MCA guna sentimen benci pemimpin Melayu

Kedua-dua parti guna peluang memerintah laju agenda cauvinis

DULU, DAP guna sentimen benci Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dalam kalangan orang Melayu UMNO pengikut Anwar Ibrahim, selepas Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan UMNO, untuk mendapatkan sokongan orang Melayu demi perjuangkan agenda chauvinis mereka.

Dalam masa yang sama, kebencian kepada Dr Mahathir yang digelar maha firaun pada masa itu, telah meningkatkan jualan akhbar harakah secara mendadak. PAS mendapat sokongan mendadak kerana krisis dalam UMNO, kerana orang benci Mahathir.

DAP guna sentimen benci Mahathir dalam kalangan orang Melayu dalam PAS, sama ahli lama PAS yang sudah memusuhi orang UMNO sejak puluhan tahun sampai jadi dua imam dan boikot kenduri, mahu pun ahli baharu PAS yang masih segar membenci Dr Mahathir dan mahu perjuangkan Anwar.

DAP guna Melayu macam ini untuk angkat agenda cauvinis mereka.

Arus membenci Dr Mahathir ini berjaya memberikan sedikit lonjakan kepada pembangkang dan menambah kerusi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1999, apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Tetapi faktor membenci Dr Mahathir ini reda apabila Haji Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Amat jelas dalam kajian akademik bahawa faktor imej Abdullah ketika mula-mula naik sebagai Perdana Menteri salah satu penyebab melonjakkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU pada 2004.

Tetapi imej Abdullah ini tidak kekal lama apabila pentadbirannya yang lemah, telah menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga pada pilihanraya 2008.

Selepas itu, Dr Mahathir memainkan peranan mendesak Abdullah meletak jawatan.

Abdullah akur. Kemudian situasi yang sama berlaku ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak, apabila didesak oleh Dr Mahathir untuk berundur, tetapi Najib enggan.

Maka bermulalah arus kebencian terhadap Najib. DAP guna sentimen membenci Najib dalam kalangan orang Melayu PKR, PAN, PPBM dan rakyat jelata, untuk melajukan agenda cauvinis mereka.

BN jatuh, bermakna tamatlah pemerintahan dominasi Melayu sejak selepas merdeka. DAP menggunakan segala peluang sebagai pemerintah untuk mengaut laba bagi agenda cauvinis mereka.

Tetapi, Pakatan Harapan (PH) tak pandai memerintah dan chauvinisme DAP terlampau mencolok mata. Perkara ini melahirkan sentimen membenci PH.

Sentimen membenci PH dalam kalangan orang Melayu UMNO dan PAS ini digunakan dengan bijak dan licik oleh MCA, untuk kelangsungan agenda cauvinis mereka.

Mereka guna sungguh-sungguh, kerana dalam situasi orang Melayu selepas 2008 hingga kini, sudah tiada lagi istilah akur pada orang Melayu (parti Melayu).

Dalam kedua-dua kes, iaitu DAP guna sentimen kebencian orang Melayu terhadap Dr Mahathir dan Najib, dan MCA guna sentimen kebencian orang Melayu terhadap PH, agenda cauvinis mereka kekal berada di arus sebelah atas, berjaya meluncur di atas gelombang kebencian itu.

Hanya peluncurnya sahaja bertukar orang; DAP dan MCA.

Dalam kedua-dua kes, orang Melayu pentaksub parti kekal membodohkan diri sendiri.

Ustaz Hazizi
Naib Presiden Berjasa

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close