Berita UtamaIstimewaUtama

Siasat siapa lagi dalang himpunan komunis

Yakin isu bendera 5 bintang, abu mayat Chin Peng dirancang

BANGI, 6 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Kerajaan Pusat digesa bertindak tegas berhubung perjumpaan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang, baru-baru ini.

Ketua Perhubungan Negeri gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka, Ustaz Ir Mohd Khoushaini Mohd Naim berkata, polis juga perlu membuat siasatan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ada demi kedamaian dan keamanan yang selama ini dikecapi.

Sebelum ini, kira-kira 300 orang telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu mengakui perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah mereka tetapi juga untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka.

Menyifatkan kenyataan itu dangkal, Ustaz Khoushaini berkata, orang Melayu tidak pernah lupa fakta sejarah yang mana komunis Cina menentang Jepun kerana dendam, bukan kerana mahu memerdekakan negara ini.

“Selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, komunis bertindak ganas keluar daripada hutan untuk menakluki Tanah Melayu.

“British masuk semula selepas 14 hari Jepun keluar, jika tidak Tanah Melayu sudah tentu menjadi milik komunis,” kata beliau.

Bahkan beliau menegaskan bahawa komunis serta pemikiran kumpulan pengganas itu tidak seharusnya dibiarkan merebak dalam negara ini.

“Adakah laungan pendidikan UEC, komik propaganda, bendera lima bintang, membawa masuk abu mayat Chin Peng semuanya hanya satu kebetulan? Saya percaya ini adalah satu pergerakan terancang.

“Perbuatan mereka ini bukan sahaja tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan bahkan telah mencetuskan kemarahan dan menggugat keharmonian masyarakat.

“Pihak kami bimbang jika tiada sebarang tindakan diambil maka ketegangan dalam negara boleh terjadi. Siasat lagi, siapa di belakang mereka? Apa sebenarnya hala tuju mereka?,” katanya.

Pada masa sama, Ustaz Khoushaini memaklumkan bahawa Isma Melaka membuat laporan polis berhubung perhimpunan dihadiri bekas anggota PKM di Kolej Universiti New Era di Kajang, Ahad lalu.

Katanya, turut hadir membuat laporan polis berkenaan isu itu termasuk Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Melaka, parti politik daripada Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), UMNO serta PAS.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close