Berita UtamaUtama

Tak apa tak mahu bantu orang miskin, tetapi kerajaan perlu mula ‘bekerja’

Rakyat sedang kecewa tolong fahami hakikat ini: Presiden Isma

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 5 Rabiulakhir 1441H, Isnin – “Kalau kerajaan tidak mahu membantu rakyat miskin sekali pun, tetapi tolonglah pulihkan ekonomi negara yang sedang tenat,” demikian kata Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Perdana Putra, pagi tadi, bahawa kemiskinan tidak boleh diatasi jika golongan itu hanya menunggu bantuan kewangan yang diberikan kerajaan.

Sebaliknya, beliau berkata, kumpulan berkenaan perlu berusaha keras bagi menambah pendapatan mereka dan keluar daripada kadar kemiskinan. 

Aminuddin yang kesal dengan kenyataan itu berkata, tidak mengapa jika pemerintah tidak mahu membantu rakyatnya yang miskin, namun kerajaan perlu menunaikan segala manifesto yang ditaburkan semasa mahu memancing undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Hentikan isu perebutan kuasa dan segala pergaduhan dalaman kerajaan. Tunaikanlah janji-janji manifesto pilihan raya dulu. Kurangkan hutang negara seperti yang dijanjikan, bukan menambahnya lagi. 

“Rakyat sedang sangat kecewa dengan kerajaan. Tolong fahami hakikat ini dan mulakan bekerja,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close